nuffnang

Thursday, March 20, 2014

tubber plant stamp 2009.

setem tumbuhan berubi
                  Hari ini saya nak kongsikan setem yang bertemakan tumbuhan berubi/tubber plant.Koleksi setem keluaran tahun 2009 .Setem di atas ini bergambar ubi keladi atau colocasia esculenta dan bernilai RM3.Kalau orang kampung tak kenal ubi keladi,kita gulai masam aje dia ni.buek malu yo.

                  Ubi keladi memang sedap rasanya.Masyarakat cina banyak membuat resepi daripada ubi keladi.Bagi masyarakat melayu pula,lebih kepada membuat sayur daripada batang keladi.Gulai masam batang keladi sangat terkenal di negeri Pahang.

                  Untuk sayur batang keladi,kita mempunyai jenis tertentu sahaja yang boleh dimakan.Keladi yang sesuai dibuat sayur batang keladi digelar keladi lambuk.Selain itu,batang keladi boleh digoreng,terutamanya goreng bersama dengan sardin.

                 Keladi yang tidak boleh dimakan batangnya tetapi boleh dimakan ubinya,kami kenali sebagai  keladi telur.Ada juga pokok keladi yang ditanam semata-mata untuk hiasan.
setem tumbuhan berubi
                 Ini pula ialah ubi badak.Setem ubi badak atau dioscorea alata l ini bernilai 50sen.Ubi badak merupakan sejenis pokok memanjat.Menanam ubi badak memerlukan pancang sebagai tempat untuknya memanjat.

                Ubi badak adalah sejenis ubi yang besar dan mempunyai isi yang berwarna ungu.Kami memanggil ubi ini dengan nama ubi tapak gajah kerana isinya yang besar dan berbonggol-bonggol.Untuk dijadikan santapan,kita perlu mengupas kulitnya dan kemudian rebus bersama garam.

                Enak juga jika isinya dijadikan bubur.Bubur ubi badak berwarna ungu kerana warna ubi ini sangat pekat dan meresap ke dalam kuahnya.Rasanya sedap dan warnanyapun menyelerakan.
setem tumbuhan berubi
               Setem sengkuang atau pachyrrhizus erosus ini bernilai 50sen.Bercerita sikit pasal ubi sengkuang,saya sebenarnya paling tak suka makan ubi sengkuang semasa zaman sweet seventeen.Ubi sengkuang adalah salah satu bahan yang sering digunakan dalam resepi rojak.Kerana itu juga saya tidak gemarkan rojak.sedangkan itu adalah makanan kegemaran arwah emak.

              Setiap kali emak mempelawa saya makan rojak,saya pasti mengelak.Paling tidakpun,saya akan mengutip sengkuang dan beri kepada emak.Saya lebih rela makan rojak mee sahaja.Namun begitu,setiap kali ada latihan sukan di sekolah,pandai pula saya pergi ke kedai atas bukit tu untuk membeli jeruk sengkuang.Saya memang gemar dengan jeruk sengkuang.aneh kan?

             Bila saya sudah makin sweet seventeen dan sudah punya anak-anak,sengkuang ni adalah kesukaan mereka.Terpaksalah saya merasa juga.Lama kelamaan,sayapun sudah serasi dan mula mengakui keenakannya sengkuang.
setem tumbuhan berubi
                  Setem ubi kayu atau manihot esculenta crantz ini pula bernilai 30sen.Ubi kayu ni kalau dikupas dan direbus,cicah pula dengan manisan.perrgh!...terangkat.Ianya sedap juga dimakan bersama kelapa parut yang digaul gula,atau dicicah dengan gula.

                 Siapa yang tak kenal ubi kayu ni kenalah belajar mengenalinya.Ubi kayu inilah makanan asasi yang menyambung nyawa kebanyakan penduduk Malaysia semasa pemerintahan Jepun.Mereka makan ubi kayu rebus cicah kopi o.Tapi ubi kayu ini juga boleh dibuat lepat ubi dan kerepek ubi.

                 Pokok ubi kayu ditanam dengan keratan batang.Pucuknya digunakan sebagai masakan melayu.Masak lemak pucuk ubi juga adalah kegemaran saya.Semangkuk sayur pucuk ubi boleh saya ratah dalam seminit sahaja.ish...kecur pula air liur saya dibuatnya.Sedapnya...

                 Nak buat sayur pucuk ubi atau masak ubi kayu ni ada juga pantang larangnya.Pucuk ubi mesti direbus sampai betul-betul masak.Ubi atau daunnya yang tidak masak mempunyai sejenis bahan yang boleh menyebabkan masalah tyroid.Ini adalah kerana,bahan tersebut menghalang badan kita menyimpan garam galian dan seterusnya menyebabkan tyroid.
setem tumbuhan berubi.
             Setem ubi keledek atau ipomoea balatos ini berharga 30sen.Ubi keledek adalah sejenis pokok menjalar.Ubi keledek boleh direbus dan dimakan begitu sahaja kerana rasanya yang manis.Ada banyak jenis resepi melayu yang menggunakan ubi keledek sebagai bahan utama.

            Kita ada kuih cucur badak,kuih gelang,belebat ubi,kuih mek comel dan banyak lagi.Ubi  keledek juga sedap digoreng celup tepung(goreng keledek)

            Teringin juga saya nak bercerita pasal menanam pokok ubi keledek.Semasa zaman sweet seventeen,kami menanam keledek di atas batas.Ini adalah kerana,ubi keledek memerlukan tanah yang gembur untuk memudahkan kita menggali ubi.Menggali ubi keledek amat menyeronokkan.

            Kita hanya perlu mencari tanah yang merekah atau berbonggol di sekitar tanaman ini.Periksa akar keledek.Jika akarnya agak kasar,bolehlah kita menggalinya.Kenangan indah berebut menggali ubi keledek bersama adik dan kakak memang tidak dapat saya lupakan.Terutamanya emak yang selalu mengajar saya ilmu berkebun.Wallahu ak'lam.Jumpa lagi dengan cerita setem yang akan datang...

No comments:

Post a Comment