nuffnang

Friday, April 18, 2014

Setem Mata Wang Malaysia siri2 2012.

Setem Mata wang Malaysia siri2
setem mata wang Malaysia siri2
             Setem mata wang Malaysia siri kedua ini dikeluarkan dalam dua bentuk iaitu bentuk wang ringgit dan wang syiling.Kesemua setem wang kertas dijual dengan harga rm5 setiap satu.Setem ini dikeluarkan atas usahasama Pos Malaysia dengan Bank Negara Malaysi sempena keluarnya Ringgit Malaysia dengan wajah baharu.Setem ini dikeluarkan pada tahun 2012.
setem Mata wang Malaysia siri2
  Setem bergambar mata wang Malaysia satu ringgit dan berwarna biru pekat.
setem Mata wang Malaysia siri2
Setem ini mempunyai gambar Rm5,dan berwarna hijau muda.
setem mata wang Malaysia siri2
Setem ini pula bergambar Rm10 dan berwarna merah.
setem mata wang Malaysia siri2
Setem ini bergambar RM20 dan berwarna oren.
setem mata wang malaysia siri 2
Setem ini bergambar RM50 dan berwarna hijau gelap.

setem Mata wang Malaysia siri2
Dan yang terakhir sekali,setem ni diletakkan gambar rm 100,dan berwarna ungu.Setiap warna Ringgit Malaysia berlatar belakangkan warna yang sama dengan warna RM yang digunakan.
setem mata wang Malaysia
                   Manakala setem duit syiling pula direka dalam bentuk berpasangan dihadapan dan belakang syiling.Dua setem diatas bergambar syiling bernilai 5sen depan dan belakang syiling.

                   Belakang syiling 5sen terdapat ukiran kain destar iaitu hasil tenunan masyarakat kaum dusun di Sabah.Setem ini berharga  berharga 60sen setiap satu.Semua setem wang syiling ini berbentuk hexagon.
setem mata wang Malaysia siri 2
                Setem ini pula bergambar wang syiling 10sen.Belakang syiling 10sen terdapat gambar seni anyaman dari daun yang dihasilkan sebagai perhiasan kepala,selempang dan skirt oleh masyarakat orang asli Malaysia.
setem mata wang Malaysia siri2
               Setem ini pula memaparkan duit syiling yang bernilai 20sen.Belakang syiling 20sen terdapat gambar ukiran yang bermotifkan bentuk bunga melur dalam seni pertukangan tangan.
setem mata wang Malaysia siri2
               Setem ini pula memaparkan gambar wang syiling 50sen.Manakala belakang syiling 50sen,terdapat pula gambar ukiran kayu dan perak yang bermotifkan sulur kacang.

               Kesemua wang baru ini meletakkan gambar bunga raya sebagai lambang bunga kebangsaan Malaysia.

               Selesai sahaja menulis blog hari ini,rasanya seperti mata sayapun dah blink-blink jadinya.Apa tidaknya,sudah jadi mata duitan pula saya hari ini.

1 comment: