nuffnang

Thursday, May 1, 2014

Setem Pakaian Tradisional pengantin 2009.

poster setem pakaian tradisional pengantin
                  Setem pakaian pengantin tradisional pengantin ini dikeluarkan pada 23hb Mac 2009.Kesemua setem ini dijual dengan harga 50sen.Setem ini memperlihatkan keanggunan pakaian tradisi dan budaya di Malaysia.Kalau berminat dengan infonya,bolehlah baca.Kalau setakat nak cuci mata,belek-belek gambar sahajapun cukuplah.
setem pakaian tradisional pengantin melayu
                 Pakaian pengantin melayu ini diperbuat daripada kain songket bercorak tenunan bunga tabur.Pakaian pengantin perempuan adalah baju kebaya labuh  bersama selendang,berhias dengan sanggul dan aksesorinya.

                 Pengantin lelaki pula mamakai baju cekak musang dengan tengkolok,bengkong,sampin dan keris.Latar belakang setem ini terdapat bayangan masjid sebagai lambang kaum melayu beragama islam.
setem pakaian tradisional pengantin cina.

                   Pakaian pengantin cina ini adalah warisan dari nenek moyang mereka.Penganting perempuan memakai baju sutera berwarna merah.Hiasan kepala pengantin perempuan diperbuat daripada perak bersadur emas.

                   Pengantin lelaki juga mengenakan pakaian berwarna merah.Pakaian mereka bercorak naga dan bertopi hitam.Masyarakat cina mengutamakan keserasian yin dan yang dalam hal perkahwinan mereka.
setem pakaian tradisional pengantin india
              Pengantin perempuan india memakai sari bersama blaus sutera bersulam benang emas.Pengantin lelaki pula memakai pakaian yang diberi nama vashtee iaitu kemeja lengan panjang dan kain kapas yang ditenun benang emas.

              Pengantin perempuan india menghias kepala mereka dengan bunga yang dikarang.Kedua-dua pengantin memakai kalungan bunga di leher.Latar belakang setem ini terdapat kalungan bunga yang biasanya digunakan dalam majlis perkahwinan.
setem pakaian tradisional pengantin orang ulu
             Pakaian pengantin lelaki orang ulu memakai pakaian yang dinamakan sunong dan berhias manik.Perhiasan kepala mereka diperbuat dari bulu binatang dan anyaman manik.

             Pengantin perempuan pula memakai pakaian yang dinamakn basung dan memekai ta'ah berhias labuci dan lavung doh sebagai perhiasan kepala.
setem pakaian tradisional pengantin bajau
              Pakaian pengantin perempuan bajau pula memakai badu sipak iaitu blaus yang diperbuat dari kain satin berlengan besar.Mandapun pula dipakai sebagai hiasan yang bertatah daun emas atau perak yang dipakai di leher.

              Sarempak pula merupakan  aksesori kepala berbentuk kapal berwarna emas dan garigai tergantung dari sanggul di kepala. Aksesori lain seperti gelang, ingkot pangkat iaitu tali pinggang perak dan keku, iaitu penutup kuku panjang berwarna emas turut melengkapkan busana pengantin perempuan.

Pengantin lelaki pula memakai badu, iaitu pakaian yang diperbuat dari kain satin berwarna hijau dengan lengan mengembang dan mendedahkan baju dalam yang berlainan warna beserta suar, iaitu sejenis seluar. Busana pengantin lelaki Bajau dilengkapkan dengan kain dastar di kepala dan ingkot pangkat bersama supu dan kain ikat pinggang.

Tipo Serisir, sejenis tikar yang diperbuat dari sutera dan anyaman manik di latar belakang setem merupakan aksesori yang biasa digunakan di majlis perkahwinan.



No comments:

Post a Comment