nuffnang

Wednesday, April 2, 2014

Setem Tengkolok Diraja 2008.

Setem tengkolok diraja
setem tengkolok diraja.
                 Setem saya hari ini merupakan setem keluaran khas diraja Malaysia.Tema tengkolok diraja ini dikeluarkan pada tahun 2008.Semua setem berharga 50sen.Apa yang istimewa dengan setem saya kali ini ialah,saya ingin memperkenalkan tengkolok-tengkolok diraja.

                 Tengkolok biasanya dikenali sebagai tanjak di kalangan masyarakat melayu.Tengkolok diperbuat daripada kain songket panjang yang dilipat dan diikat dengan gaya tertentu.Tengkolok merupakan lambang kependekaran melayu sejak zaman dahulu dan di zaman sekarang,ianya masih digunakan untuk majlis yang bertemakan pakaian tradisional melayu.Tetapi masih ramai yang tidak mengetahui bahawa tengkolok mempunyai nama dan bentuknya yang tersendiri.
Setem tengkolok diraja
                  Tengkolok ini dilipat sebagai dendam tak sudah.dan digunakan khas sebagai Tengkolok Diraja SPB Yang Dipertuan Agung.Perasan tak gambar Yang Dipertuan Agung pada duit kertas kita?Sebenarnya,istilah yang digunakan ialah solek dendam tak sudah,cuma rasanya tidak salah saya menggunakan istilah lipatan sahaja.
setem tengkolok diraja
                   Tengkolok Diraja Kedah ini juga dilipat sebagai dendam tak sudah .Tetapi mempunyai bentuk yang berbeza dan menggunakan perhiasan khas sebagai lambang kenegerian mereka.
setem tengkolok diraja
                  Begitu juga dengan Tengkolok Diraja Negeri Sembilan ini.Ia juga menggunakan lipatan Dendam tak sudah,tetapi bentuk dan perhiasan yang digunakan adalah khas sebagai tengkolok diraja Negeri Sembilan.
setem tengkolok diraja.
                     Tengkolok Diraja Pahang menggunakan lipatan yang diberi nama Sekelungsung Bunga.
setem tengkolok diraja.
                    Tengkolok Diraja Kelantan ini pula menggunakan lipatan yang diberi nama Ketam Budu.
setem tengkolok diraja.
                    Tengkolok Diraja Perak ini pula menggunalakan lipatan Ayam Patah Kepak.
setem tengkolok diraja.
                   Tengkolok Diraja Selangor ini pula dilipat berbentuk Setanjak Balung Raja .
setem tengkolok diraja.
                    Tengkolok Diraja Terengganu dilipat dalam bentuk solek Belalai Gajah.Best pula letak perkataan solekkan?
setem tengkolok diraja.
                   Dan yang terakhir sekali ialah Tengkolok Diraja Perlis yang turut menggunakan Solek Dendam Tak Sudah.Ini bererti,solek dendam tak sudah adalah solek yang paling digemari.

                   Sebenarnya,masih banyak solek yang tidak kita temui disini seperti solek sarang kerengga,solek kacang dua helai daun,solek solok timba,solek mumbang belah dua,solek cogan daun kopi dan beberapa jenis lagi.

                   Semenjak berjinak-jinak dengan dunia setem ni,Saya mula memahami kenapa ramai orang yang suka menjadi pengumpul setem.bukan sahaja ianya merupakan sejarah,tetapi tema-tema setem juga mampu mencerna minda agar kita tidak mengabaikan banyak ilmu di dalamnya.Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment