nuffnang

Monday, March 31, 2014

Mountain Of Malaysia Stamp 2006.

setem gunung -gunung Malaysia.
                    Setem saya kali ni,dengan berbesar hati nak memperkenalkan gunung-gunung Malaysia yang terkenal.Setem ini dikeluarkan pada tahun 2006.Kepada para pencinta alam dan aktiviti lasak tentu nama-nama gunung ini sudah tidak asing lagi.
setem gunung tahan
                   Pertama,setem ini bernilai RM2.Gunung Tahan terletak dalam negeri Pahang Darul Makmur.Gunung tahan juga mempunyai sejarah seorang pelajar telah hilang di puncak Gunung Tahan.Beliau ditemui semula selepas 19 hari.Kisah Nur Umairah Sameun ini telah dibukukan oleh buku prima bertajuk '19hari sesat di Gunung Tahan.'
setem gunung ledang
                     Setem ini bernilai 30sen.Gunung Ledang pula terletak di dalam negeri Johor.Gunung Ledang sangat terkenal dalam sejarah melayu.Kisah seorang Sultan bernama Sultan Mahmud yang jatuh cinta kepada Puteri Gunung Ledang yang sangat cantik paras rupanya.

                     Sultan Mahmud memerintahkan Tun Mamat bersama para hulubalang Melaka mendaki Gunung Ledang untuk meminang Puteri Gunung Ledang.Puteri Gunung Ledang yang menyamarkan diri sebagai nenek kebayan telah membawa Tun Mamat seorang diri ke puncak gunung Ledang untuk bertemu dengan Tuan Puteri.

                     Syarat yang harus dipenuhi oleh Sultan Mahmud sungguh aneh-aneh belaka.Baginda mengerahkan rakyat mendapatkan hati nyamuk tujuh dulang,memaksa anak-anak gadis menangis supaya dapat air mata tujuh tempayan.Sebuah jambatan emas dibina dari istana Melaka ke Gunung Ledang.

                    Tetapi apa yang paling mengejutkan,semangkuk darah anakanda baginda Tengku Ahmad.Ketika Sultan Mahmud ingin mendapatkan darah anakandanya,Puteri Gunung Ledang tiba-tiba memunculkan diri dan menegur perbuatannya.
setem gunung jerai
               Gunung Jerai pula terletak dalam negeri Kedah Darul aman.Nama asalnya ialah Pulau Serai dan ianya juga digelar sebagai puncak Kedah..Gunung Jerai ini juga tidak kurang hebatnya.Raja bersiung dikatakan membina penempatan baru di kaki gunung Jerai ini.

               Di puncak Gunung Jerai ini dikatakan terdapat batu besar berbentuk kapal dan diberi nama Batu Kapal.Mitos Sang Kelembai telah menyumpah Raja Merong Mahawangsa menjadi batu.

               Gunung Jerai juga mempunyai rekod 18 pelajar yang hilang.Mereka dikatakan hilang dari pandangan satu sama lain.Dalam istilah lain,mereka disesatkan dalam alam lain.Gunung Jerai mempunyai berbagai mitos dan ianya digelar sebagai kawasan keras dalam bahasa perubatan tradisional.
setem gunung mulu
                Setem Gunung Mulu ini berharga 50sen.Gunung Mulu berada di negeri Sarawak bumi kenyalang.Taman Negara Gunung Mulu merupakan kawasan perlancongan yang terkenal.Gunung Mulu juga merupakan rangkaian gua yang terpanjang di dunia.Gua mulu juga memiliki terowong gua terbesar di dunia yang mampu memuatkan lima buah gereja ST Paul di London.Dah diorang bagi info macam ni kan...kalau saya yang bagi info,mesti saya nak letakkan masjid sebagai perbandingannya.

                Terus terang,saya tidak mempunyai banyak maklumat tentang Gunung Mulu.Namun begitu,apa yang saya tahu Gunung Mulu merupakan tumpuan pelancong untuk mencari gua-gua yang menarik.Di sini juga terdapat chamber atau ruang bawah tanah terbesar di dunia yang mampu memuatkan40 buah kapal terbang boing747.MH370pun boleh.
setem gunung kinabalu
                 Setem 30sen ini pula memaparkan gambar Gunung Kinabalu.Siapa yang tak pernah tengok gambar ni jangan mengaku rakyat Malaysia.buek malu yo....Bukan apa...bertahun-tahun kita menggunakan duit kertas seringgit,inilah gambar yang menghiasinya.Tetapi sekarang,duit baru yang plastik tu dah tidak menggunakan gambar ini.

                 Gunung Kinabalu merupakan Gunung yang tertinggi di kepulauan Borneo.Suhu di puncak Kinabalu sangat sejuk sehingga mencecah 0 dajah celcius.Selain memacakkan bendera Malaysia di puncak Kinabalu,pernah juga terjadi,seorang perempuan berbangsa Jerman telah dijumpai mati dipercayai terjatuh ketika mendaki.

                 Saya sendiri juga ada hati pada Gunung Kinabalu ni.teruja juga dengan kawasan sejuk begini.Bilalah agaknya saya dapat menjejakinya.Semakin lama,usia makin meningkat.Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment