nuffnang

Tuesday, June 24, 2014

Setem persidangan Menteri-menteri Luar Negeri(ICFM) Ke-27




               Semua setem ini dijual dengan harga 30sen.Setem ini dikeluarkan sempena persidangan menteri-menteri luar negeri pertubuhan persidangan islam atau ICFM yang ke 27.Persidangan ini merupakan persidangan kedua Malaysia menjadi tuan rumah persidangan selepas yang pertama pada tahun 1974.

              Setem ini dikeluarkan pada 27hb Jun 2000.Pada 28hb Jun 2011,ICFM menukar nama pertubuhan persidangan islam kepada pertubuhan kerjasama islam (OIC).

             

Friday, June 20, 2014

Setem Persidangan Anggerik Sedunia ke 17-2002


               Setem ini dikeluarkan pada tahun 2002 sempena persidangan anggerik seduaia ke 17.Setem 30sen ini memaparkan gambar anggerik berwarna merah.Terdapat nama saintifiknya di sini,tetapi mata saya tidak dapat membacanya.
               Setem kedua ini berharga 50sen.Bentuk bunganya agak unik dan berwarna ungu dan kuning.
              Setem ini pula berharga RM1.Anggerik ini berwarna hijau,rupanya menarik dan mempunyai bahagian tengah yang sangat saya suka.
             Setem keempat ini berharga 30sen.Namanya pun anggerik,pasti rupanya juga unik.Anggerik merupakan tumbuhan berbunga yang sangat digemari untuk dijadikan pokok hiasan.Biasanya ia ditanam di dalam pasu yang bergantung dan diletakkan di bahagian hadapan rumah ataupun sebagai tanaman hiasan lanskap.Bunga Anggerik juga digelar sebagai orkid dan mempunyai 22,000 species di dunia.

             Walaubagaimanapun,nama Anggerik Rimba menjadi rebutan dua gadis remaja suatu masa dahulu.Bila sudah bergelar mak orang anggerik pertama masih lagi anggerik rimba,tetapi anggerik kedua telah bertukar kepada puteri kenari.

Tuesday, June 3, 2014

Setem Tumbuhan Aquatik 2002.


setem tumbuhan aquatik.
                 Setem tumbuhan aquatik ini dikeluarkan pada tahun 2002.Saya suka dengan gambar-gambar yang cantik pada setem ini.
kiambang putih.
                   Setem ini dijual dengan harga RM2.Kiambang putih atau nama saintifiknya ny,phaea pubescens  ini sangat jarang ditemui.Pokok kiambang biasanya dijadikan hiasan di dalam kolam atau aquarium.

                  Pokok kiambang dikatakan menjadi musuh kepada ikan kerana ia memiliki akar yang begitu banyak dan menyukarkan ikan untuk bergerak dan bernafas.Pokok kiambang mempunyai akar yang bukan hanya banyak tetapi berserabut. Kalau jenis ikan yang tidak gemar memakan akarnya itu, ikan tersebut sukar untuk hidup.Sebab itulah, kalau kolam, tasik atau paya air tawar dipenuhi pokok kiambang, ia kurang digemari oleh kaki-kaki pancing.

                  Ia bukan hanya memiliki bunga yang cantik dan daun yang segar, tetapi dikatakan mempunyai khasiat untuk merawat luka. Ujarnya, ambillah beberapa helai daun pokok kiambang yang segar dan rebuskan daun itu sehingga mendidih.Bila sudah suam, alirkan air rebusan tadi di tempat yang luka tersebut. Ia boleh menyekat pengaliran darah keluar,

                  Tetapi ada juga pengamal perubatan tradisional yang menyatakan bahawa kiambang juga boleh digunakan sebagai bahan pencuci pakaian yang terkena kotoran berminyak.

                  Caranya ialah ambil beberapa helai daun kiambang yang segar dan rendamkannya dalam sebekas air selama beberapa minit. Kemudian keluarkan daun-daun kiambang tadi dan rendamkan pakaian yang terkena kekotoran berminyak selama beberapa minit dan bilaskannya.
keladi bunting
                   Pokok keladi bunting ini juga dikenali dengan panggilan orkid air kerana bunganya yang seakan-akan bunga orkid dan sangat cantik.Nama saintifiknya ialah eichornia crassipes dan setem ini dijual dengan harga RM1.

                   Pokok keladi bunting juga mempunyai akar yang berselirat dan boleh menyukarkan ikan untuk bvernafas.Walau bagaimanapun,binatang yang suka dengan akar tumbuhan ini merupakan sumber makanan ikan.
keladi agas
                  Setem ini pula berharga RM1.Keladi agas atau nama saintifiknya monochoria hastata merupakan sejenis tumbuhan yang mampu menyinkir cemar air dari logam berat zink.

                 Keladi agas ini selalu dimakan daun,batang dan bunganya sebagai ulam.Ia juga sedap dimasak atau dibuat kerabu.Akar keladi agas pula direbus dan diambil airnya sebagai merawat ketidakselesaan perut,penyakit hati dan asma.Air rebusan daunnya pula dikatakan mujarab untuk merawat batuk.
keladi paya
                   Setem keladi paya atau nama saintifiknya cryptocoryne purpurea ini dijual dengan harga 30sen.
kangkong puteri
                   Kangkong puteri atau nama saintifiknya neptunia oleracea ini tumbuh cantik di dalam air.Daunnya seakan pokok semalu,tetapi ianya tidak mempunyai duri.Ramai orang yang sukakan masak lemak daun kangkong puteri.
kiambang Malaysia.
                     Setem kiambang Malaysia atau nama saintifiknya barclaya kunstleri ini dijual dengan harha 50sen.