nuffnang

Monday, March 31, 2014

Mountain Of Malaysia Stamp 2006.

setem gunung -gunung Malaysia.
                    Setem saya kali ni,dengan berbesar hati nak memperkenalkan gunung-gunung Malaysia yang terkenal.Setem ini dikeluarkan pada tahun 2006.Kepada para pencinta alam dan aktiviti lasak tentu nama-nama gunung ini sudah tidak asing lagi.
setem gunung tahan
                   Pertama,setem ini bernilai RM2.Gunung Tahan terletak dalam negeri Pahang Darul Makmur.Gunung tahan juga mempunyai sejarah seorang pelajar telah hilang di puncak Gunung Tahan.Beliau ditemui semula selepas 19 hari.Kisah Nur Umairah Sameun ini telah dibukukan oleh buku prima bertajuk '19hari sesat di Gunung Tahan.'
setem gunung ledang
                     Setem ini bernilai 30sen.Gunung Ledang pula terletak di dalam negeri Johor.Gunung Ledang sangat terkenal dalam sejarah melayu.Kisah seorang Sultan bernama Sultan Mahmud yang jatuh cinta kepada Puteri Gunung Ledang yang sangat cantik paras rupanya.

                     Sultan Mahmud memerintahkan Tun Mamat bersama para hulubalang Melaka mendaki Gunung Ledang untuk meminang Puteri Gunung Ledang.Puteri Gunung Ledang yang menyamarkan diri sebagai nenek kebayan telah membawa Tun Mamat seorang diri ke puncak gunung Ledang untuk bertemu dengan Tuan Puteri.

                     Syarat yang harus dipenuhi oleh Sultan Mahmud sungguh aneh-aneh belaka.Baginda mengerahkan rakyat mendapatkan hati nyamuk tujuh dulang,memaksa anak-anak gadis menangis supaya dapat air mata tujuh tempayan.Sebuah jambatan emas dibina dari istana Melaka ke Gunung Ledang.

                    Tetapi apa yang paling mengejutkan,semangkuk darah anakanda baginda Tengku Ahmad.Ketika Sultan Mahmud ingin mendapatkan darah anakandanya,Puteri Gunung Ledang tiba-tiba memunculkan diri dan menegur perbuatannya.
setem gunung jerai
               Gunung Jerai pula terletak dalam negeri Kedah Darul aman.Nama asalnya ialah Pulau Serai dan ianya juga digelar sebagai puncak Kedah..Gunung Jerai ini juga tidak kurang hebatnya.Raja bersiung dikatakan membina penempatan baru di kaki gunung Jerai ini.

               Di puncak Gunung Jerai ini dikatakan terdapat batu besar berbentuk kapal dan diberi nama Batu Kapal.Mitos Sang Kelembai telah menyumpah Raja Merong Mahawangsa menjadi batu.

               Gunung Jerai juga mempunyai rekod 18 pelajar yang hilang.Mereka dikatakan hilang dari pandangan satu sama lain.Dalam istilah lain,mereka disesatkan dalam alam lain.Gunung Jerai mempunyai berbagai mitos dan ianya digelar sebagai kawasan keras dalam bahasa perubatan tradisional.
setem gunung mulu
                Setem Gunung Mulu ini berharga 50sen.Gunung Mulu berada di negeri Sarawak bumi kenyalang.Taman Negara Gunung Mulu merupakan kawasan perlancongan yang terkenal.Gunung Mulu juga merupakan rangkaian gua yang terpanjang di dunia.Gua mulu juga memiliki terowong gua terbesar di dunia yang mampu memuatkan lima buah gereja ST Paul di London.Dah diorang bagi info macam ni kan...kalau saya yang bagi info,mesti saya nak letakkan masjid sebagai perbandingannya.

                Terus terang,saya tidak mempunyai banyak maklumat tentang Gunung Mulu.Namun begitu,apa yang saya tahu Gunung Mulu merupakan tumpuan pelancong untuk mencari gua-gua yang menarik.Di sini juga terdapat chamber atau ruang bawah tanah terbesar di dunia yang mampu memuatkan40 buah kapal terbang boing747.MH370pun boleh.
setem gunung kinabalu
                 Setem 30sen ini pula memaparkan gambar Gunung Kinabalu.Siapa yang tak pernah tengok gambar ni jangan mengaku rakyat Malaysia.buek malu yo....Bukan apa...bertahun-tahun kita menggunakan duit kertas seringgit,inilah gambar yang menghiasinya.Tetapi sekarang,duit baru yang plastik tu dah tidak menggunakan gambar ini.

                 Gunung Kinabalu merupakan Gunung yang tertinggi di kepulauan Borneo.Suhu di puncak Kinabalu sangat sejuk sehingga mencecah 0 dajah celcius.Selain memacakkan bendera Malaysia di puncak Kinabalu,pernah juga terjadi,seorang perempuan berbangsa Jerman telah dijumpai mati dipercayai terjatuh ketika mendaki.

                 Saya sendiri juga ada hati pada Gunung Kinabalu ni.teruja juga dengan kawasan sejuk begini.Bilalah agaknya saya dapat menjejakinya.Semakin lama,usia makin meningkat.Wallahu a'lam.

Friday, March 28, 2014

Setem lada hitam 1986-2005

setem lada hitam 
               Setem ini merupakan salah satu dari enam setem definitif yang dikeluarkan dan bertahan lama semenjak tahun 1986 sehingga 2005.Setem-setem ini dijual dengan harga 10sen.Setem pertama untuk negeri Sarawak dan bergambar lada hitam atau piper nigrum.
setem lada hitam
                Setem ini pula untuk negeri Sabah.
setem lada hitam
                 Setem Negeri sembilan.
setem lada hitam
                Setem negeri Kelantan.
setem lada hitam
                 Setem untuk Pulau Pinang.
setem lada hitam
                Setem untuk negeri perlis.
setem lada hitam.
              Setem untuk negeri Selangor.
setem lada hitam
               Dan juga setem untuk Wilayah Persekutuan.

               Bila sebut tentang lada hitam,saya nak membawa sebuah kenangan indah saya dizaman kanak-kanak.Pokok lada hitam ditanam di belakang rumah.Saya sendiri sangat kecil ketika itu.Jadi,tidak pernah terlintas untuk bertanya bagaimana ianya ditanam.

               Ramai jiran-jiran yang seakan tidak percaya pokok tersebut adalah pokok lada hitam yang sebenar kerana ianya sangat jarang ditanam.Pada mulanya,saya juga tidak dapat membezakan di antara pokok lada hitam dan pokok sireh.

               Oleh kerana nenek saya seorang penggemar sireh,saya yang selalu mengutipkan daun sireh untuknya selang beberapa hari sekali.Tetapi pokok lada hitam,juga tidak kurang sejarahnya.Walaupun cuma ada sepokok,kami tidak perlu lagi membeli lada hitam jika ingin memasak resepi yang berasaskan lada hitam.

               Setiap kali kakak saya bersalin,lada hitam muda akan menjadi menu utama ketika didalam pantang.Selain untuk memanaskan badan,lada hitam adalah pembuka selera.Lada hitam muda berwarna hijau dan buahnya lebih lembut dan lemak berbanding buah lada hitam yang tua.

              Buat kakak-kakak yang pernah merasa zaman kita punya poko lada hitam di belakang rumah,tentu ada berbagai cerita disebaliknya.Apakan daya,saya tidak sempat nak berguru dengan arwah emak.kalau tidak,tentu sayapun nak tanam pokok lada hitam.Wallahu a'lam.

Saturday, March 22, 2014

Traditional House Stamp 2009.

setem rumah tradisional.
                    Hari ini saya memilih setem yang bertemakan rumah tradisional di Malaysia.Setem ini dikeluarkan pada tahun 2009.Didalam pembelajaran sekolah rendah,terdapat mata pelajaran kajian tempatan yang mana menjadikan rumah tradisional ini sebagai sesuatu yang perlu dipelajari.

                    Semua setem kali ini berharga 50sen.Setiap rumah mempunyai keunikannya yang tersendiri.Walaupun kita berada di zaman moden dan banyak terdapat rumah yang tinggi mencakar langit,tetapi masih ada yang masih setia mengekalkan design rumah tradisional.

                    Saya pernah melawat ke Puncak Alam dimana rumah-rumah traditional Malaysia didirikan khas untuk mereka yang mahu menikmati identiti Malaysia.
setem-rumah adat minangkabau Negeri Sembilan
                  

setem-rumah bumbung panjang Perlis.
                   
                 Begitu juga dengan rumah bumbung panjang di Perlis,kebanyakan mereka yang mahu mengekalkan rumah ini menjadikan rumah mereka sebagai homestay.
setem rumah dusun lotud Sabah.
setem rumah ketua bidayuh Sarawak.
                 Rumah ketua bidayuh di Sarawak ini mempunyai bentuk yang sangat berbeza dari rumah-rumah lain.
setem rumah kutai Perak
                    

setem rumah laut bajau Sabah
                   Rumah laut bajau Sabah ini memang unik.Mereka mendirikan rumah dengan menggunakan kayu keras sebagai tiang yang dipasakkan ke dalam laut sehingga mencapai kedalaman 800meter dari permukaan laut..Idea ini telah diguna pakai oleh orang tertentu dalam membina rumah rehat di atas laut.
setem rumah limas bungkus Terengganu.

setem-rumah limas Johor
setem rumah melayu Melaka
setem-rumah traditional melayu Selangor.
setem-rumah orang semai Pahang.
                    Ini adalah rumah orang Semai Pahang.Rumah tradional yang berlantaikan buluh masih dikekalkan dan dijadikan chalet atau rumah tumpangan atau homestay.
setem-Rumah Panjang iban
                Rumah panjang Sarawak ini merupakan sesuatu yang sentiasa dibanggakan di Sarawak.Sebuah rumah panjang mungkin mempunyai penghuni dari tujuh,sepuluh sehingga lima puluh buah keluarga.Namun begitu,terdapat berbagai rumah panjang di Sarawak termasuk rumah panjang iban.
setem rumah panjang kedah

setem rumah serambi gajah menyusu Pulau Pinang

setem-rumah serambi Pahang

setem -rumah tiang 12 Kelantan.
                     Zaman sekarang,ramai yang membina rumah yang mermodelkan tradisional tetapi digabungkan dengan moden.Kebanyakan peminat-peminat rumah tradisional ini memilih rumah-rumah ini sebagai lokasi penggambaran sebagai cara menerapkan sentimen zaman dahulukala.Wallahu a'lam.

Thursday, March 20, 2014

tubber plant stamp 2009.

setem tumbuhan berubi
                  Hari ini saya nak kongsikan setem yang bertemakan tumbuhan berubi/tubber plant.Koleksi setem keluaran tahun 2009 .Setem di atas ini bergambar ubi keladi atau colocasia esculenta dan bernilai RM3.Kalau orang kampung tak kenal ubi keladi,kita gulai masam aje dia ni.buek malu yo.

                  Ubi keladi memang sedap rasanya.Masyarakat cina banyak membuat resepi daripada ubi keladi.Bagi masyarakat melayu pula,lebih kepada membuat sayur daripada batang keladi.Gulai masam batang keladi sangat terkenal di negeri Pahang.

                  Untuk sayur batang keladi,kita mempunyai jenis tertentu sahaja yang boleh dimakan.Keladi yang sesuai dibuat sayur batang keladi digelar keladi lambuk.Selain itu,batang keladi boleh digoreng,terutamanya goreng bersama dengan sardin.

                 Keladi yang tidak boleh dimakan batangnya tetapi boleh dimakan ubinya,kami kenali sebagai  keladi telur.Ada juga pokok keladi yang ditanam semata-mata untuk hiasan.
setem tumbuhan berubi
                 Ini pula ialah ubi badak.Setem ubi badak atau dioscorea alata l ini bernilai 50sen.Ubi badak merupakan sejenis pokok memanjat.Menanam ubi badak memerlukan pancang sebagai tempat untuknya memanjat.

                Ubi badak adalah sejenis ubi yang besar dan mempunyai isi yang berwarna ungu.Kami memanggil ubi ini dengan nama ubi tapak gajah kerana isinya yang besar dan berbonggol-bonggol.Untuk dijadikan santapan,kita perlu mengupas kulitnya dan kemudian rebus bersama garam.

                Enak juga jika isinya dijadikan bubur.Bubur ubi badak berwarna ungu kerana warna ubi ini sangat pekat dan meresap ke dalam kuahnya.Rasanya sedap dan warnanyapun menyelerakan.
setem tumbuhan berubi
               Setem sengkuang atau pachyrrhizus erosus ini bernilai 50sen.Bercerita sikit pasal ubi sengkuang,saya sebenarnya paling tak suka makan ubi sengkuang semasa zaman sweet seventeen.Ubi sengkuang adalah salah satu bahan yang sering digunakan dalam resepi rojak.Kerana itu juga saya tidak gemarkan rojak.sedangkan itu adalah makanan kegemaran arwah emak.

              Setiap kali emak mempelawa saya makan rojak,saya pasti mengelak.Paling tidakpun,saya akan mengutip sengkuang dan beri kepada emak.Saya lebih rela makan rojak mee sahaja.Namun begitu,setiap kali ada latihan sukan di sekolah,pandai pula saya pergi ke kedai atas bukit tu untuk membeli jeruk sengkuang.Saya memang gemar dengan jeruk sengkuang.aneh kan?

             Bila saya sudah makin sweet seventeen dan sudah punya anak-anak,sengkuang ni adalah kesukaan mereka.Terpaksalah saya merasa juga.Lama kelamaan,sayapun sudah serasi dan mula mengakui keenakannya sengkuang.
setem tumbuhan berubi
                  Setem ubi kayu atau manihot esculenta crantz ini pula bernilai 30sen.Ubi kayu ni kalau dikupas dan direbus,cicah pula dengan manisan.perrgh!...terangkat.Ianya sedap juga dimakan bersama kelapa parut yang digaul gula,atau dicicah dengan gula.

                 Siapa yang tak kenal ubi kayu ni kenalah belajar mengenalinya.Ubi kayu inilah makanan asasi yang menyambung nyawa kebanyakan penduduk Malaysia semasa pemerintahan Jepun.Mereka makan ubi kayu rebus cicah kopi o.Tapi ubi kayu ini juga boleh dibuat lepat ubi dan kerepek ubi.

                 Pokok ubi kayu ditanam dengan keratan batang.Pucuknya digunakan sebagai masakan melayu.Masak lemak pucuk ubi juga adalah kegemaran saya.Semangkuk sayur pucuk ubi boleh saya ratah dalam seminit sahaja.ish...kecur pula air liur saya dibuatnya.Sedapnya...

                 Nak buat sayur pucuk ubi atau masak ubi kayu ni ada juga pantang larangnya.Pucuk ubi mesti direbus sampai betul-betul masak.Ubi atau daunnya yang tidak masak mempunyai sejenis bahan yang boleh menyebabkan masalah tyroid.Ini adalah kerana,bahan tersebut menghalang badan kita menyimpan garam galian dan seterusnya menyebabkan tyroid.
setem tumbuhan berubi.
             Setem ubi keledek atau ipomoea balatos ini berharga 30sen.Ubi keledek adalah sejenis pokok menjalar.Ubi keledek boleh direbus dan dimakan begitu sahaja kerana rasanya yang manis.Ada banyak jenis resepi melayu yang menggunakan ubi keledek sebagai bahan utama.

            Kita ada kuih cucur badak,kuih gelang,belebat ubi,kuih mek comel dan banyak lagi.Ubi  keledek juga sedap digoreng celup tepung(goreng keledek)

            Teringin juga saya nak bercerita pasal menanam pokok ubi keledek.Semasa zaman sweet seventeen,kami menanam keledek di atas batas.Ini adalah kerana,ubi keledek memerlukan tanah yang gembur untuk memudahkan kita menggali ubi.Menggali ubi keledek amat menyeronokkan.

            Kita hanya perlu mencari tanah yang merekah atau berbonggol di sekitar tanaman ini.Periksa akar keledek.Jika akarnya agak kasar,bolehlah kita menggalinya.Kenangan indah berebut menggali ubi keledek bersama adik dan kakak memang tidak dapat saya lupakan.Terutamanya emak yang selalu mengajar saya ilmu berkebun.Wallahu ak'lam.Jumpa lagi dengan cerita setem yang akan datang...

Tuesday, March 18, 2014

Fern Stamp Or Paku Pakis 2010.


setem paku pakis
                   Kali ni saya nak bawa semua orang yang membaca blog ini ke alam spora dan fauna.Baca betul-betul...spora tau...sebab hari ni kita nak imbas kembali ke alam sweet seventeen.

                   Setem yang kat atas ni ialah stem yang berharga RM3.Koleksi setem kali  ini dikeluarkan pada tahun 2010.Untuk setem RM3 ni,ada tiga jenis paku pakis.Ada sakat-sakat(Asplenium nidus),matonia pectinata dan bua cek (dipteris conjugata).

                   Saya suka nak bercerita tentang sakat-sakat ni.Ianya adalah sejenis pokok parasit yang hidup pada pokok lain.Rasanya,baru pertama kali saya dengar ianya dipanggil sakat-sakat.Masa sekolah dahulupun kita diajar dengan nama paku langsuyar atau paku langsuir.

                   Paku langsuir ni delalu dikaitkan dengan hantu langsuir.Kononnya hantu langsuir suka bergayut pada pokok yang ada pokok paku langsuir ini.Kalau budak kecil,mesti takut kalau disakat begitu.Tapi itu pada zaman dahulu...di zaman moden ini,ramai yang menggunakan pokok paku ini sebagai pilihan untuk hiasan lanskap mereka.Tidak dapat menafikan ianya adalah pokok hiasan yang cantik bila digubah.

aetem paku pakis
               Paku ini pula diberi nama tunjuk langit dan setem ini dijual dengan harga 50sen.Wah!...inikah pokok tunjuk langit yang terkenal tu?Bukan sembarangan paku...para pengamal rawatan traditional memang suka sangat dengan pokok ni.

               Apakah pokok ini benar-benar berkhasiat atau petua kepada ilmu perubatan memang mencari sesuatu yang boleh dikiaskan,wallahua'lam.Walau apapun,pokok ini adalah terkenal dalam ilmu perubatan tradisional bagi masalah lelaki.
setem paku pakis
                 Setem ini dijual dengan harga 50sen.Paku sungai atau Diplazium esculentum ini mengingatkan saya kepada memori sweet seventeen.Kami yang tinggal di Felda,memang selalu bertemu paku ini di serata tempat di dalam ladang getah.Setiap kali pulang dari ladang getah,kami akan singgah mengutip pucuk paku ini untuk dijadikan sayuran makan tengahari kami sekeluarga.Ketika itu kami menggelarnya paku hijau sahaja.

                Paku ini sangat cepat membiak dan pucuk mudanya boleh kita kutip empat hari sekali.Paku ini berbatang lembut dan sungguh enak jika digoreng atau di masak lemak.Kalau dulu kami dapat mengutipnya percuma,sekarang ini kami terpaksa membelinya dengan harga yang mahal.

               Jika saya pulang ke Kuala Lipis,pokok paku ini terdapat di sepanjang jalan di tepi Sungai Jelai.Apa yang seronok,mertua saya sangat memahami sayur kegemaran saya ini.Apa tidaknya,setiap kali beliau datang ke rumah kami,pasti sebakul diangkutnya.Tersentuh hati juga saya setiap kali mertua membawakan banyak sayur ini.Sudahlah beliau sendiri kurang sihat,tetapi demi menantu kesayangan,ewah!perasan betul...

setem paku pakis
                Setem bergambar paku resam atau disranopteris linearis ini bernilai 50sen.Paku resam ini tumbuh meliar dan berbatang keras.Ketika saya bekerja di PMG dahulu,sweet seventeen jugalah tu...Kak Gee(teman sekerja merangkap classmate saya)sering menggunakan daun paku resam ini sebagai daun dalam gubahan bunga di atas meja kerja kami.

                Daunnya yang menarik dan lambat layu membuatkan gubahan bunga kami sentiasa fresh dari ladang.Bila dah kawin ni,ada jugalah us saya tu menceritakan pengalamannya menggunakan batang resam ini sebagai pen khat mereka di sekolah agama dahulu.Khat yang dihasilkan dengan menggunakan batang resam ini memang cantik.

                Saya pernah menonton di kaca tv bagaimana mereka bekerja menghasilkan sebuah Al-Quran dengan menggunakan pen mata resam ini.Memang suatu kerja seni yang sungguh teliti tetapi menarik.
setem paku pakis
                  Setem ini bernilai 50sen dan menampilkan paku miding atau stenochlaena palustris.Paku ini kami turut memanggilnya dengan nama paku merah kerana pucuk mudanya berwarna kemerahan.Pucuk paku miding ini juga sedap dijadikan sayur goreng.Rasanya unik dan bersari.Bukan oren sahaja bersari...

                 Setiap kali bulan ramadhan(ketika saya sweet seventeen dulu)emak saya akan memasakkan bubur lambuk.Bubur lambuk yang diletakkan daun paku miding ini memang tiada tandingan.Memang sedap.Dan itulah kenangan terindah yang tidak akan dapat kami kutip lagi kerana emak telah pergi meninggalkan kami.
setem paku pakis.
                Ini pula adalah paku tanduk rusa.Paku ini juga adalah pilihan lanskap yang topten.Rupanya memang menarik dan sesuai ditumpangkan di mana sahaja kerana paku ini juga adalah parasit yang boleh hidup walaupun diletakkan di atas sabut kelapa sahaja.

                Akhir kata,Paku pakis memang simple dan tumbuhnya meliar kerana ianya dibiakkan melalui spora.Apatah lagi kalau dulu saya sweet seventeen,sekarang ni bila sudah berganjaknya masa,masih sweet seventeen.Bukan apa...Dr Fadzilah Kamshah kata,mengenang masa muda boleh membuatkan otak kita fresh dan sentiasa muda.

Sunday, March 16, 2014

Stamp Of Palma Trees 2009.

setem pokok palma
               Setem kali ini adalah keluaran istimewa tarikh 19/2/2009.Cewah!ingat pulak tu.bukan ingat sebenarnya...cari info kat encik goo.Spesies pokok palma tau bahasa inggerisnya palm trees,Philakorea 2009,24th asian international stampt exhibition.

               Ini adalah setem pertama yang saya postkan berbentuk unik.potongannya tidak seperti biasa.Setem bergambar pokok serdang endau atau livistona endavensis sekaligus meletakkan pokok daun payung sebagai teman satu setemnya.Setem ini berharga RM3.
setem pokok palma
               Dudar atau caryota mitis ini juga adalah sejenis pokok palma yang cantik dan sering digunakan sebagai pokok hiasan yang cantik.Setem ini dijual dengan harga 50sen.
setem pokok palma
              Setem bergambar pokok serdang atau livistona saribus ini dijual dalam harga 50sen.Selalunya kita mempunyai sebuah tempat di Selangor yang diberi nama Serdang,tetapi tentu masih ramai yang belum tahu apakah itu pokok serdang.Jadi,inilah rupanya...
setem pokok palma
             Setem bergambar palas kipas atau licualagrandis ini bernilai 50sen.Pokok palma kipas kini banyak ditanam di serata jalan dan taman rekriasi sebagai pokok hiasan yang sangat cantik.

Saturday, March 15, 2014

Stamp-Wild Duck Species 2006.

setem spesies itik liar
                      Spesies itik liar pula menjadi penyeri blog saya kali ini.Setem-setem ini dikeluarkan pada tahun 2006.
setem spesies itik liar.
                    Ini ialah pependang air atau phalacrocorak carbo.Sejenis itik yang bermuncung tajam dihujungnya,dan berjambul.Setem ini berharga RM2.
setem spesies itik liar.
                  Setem ini pula bergambar itik sudu atau anas clypeata.Setem ini berharga 50sen.Itik sudu ini dipanggil juga itik gembo-gembo oleh masyarakat kampung.Itik ini walaupun sejenis itik liar,tetapi selalu juga menjadi haiwan peliharaan.
setem spesies itik liar.
                  Inipula ialah itik muara atau anas acuta.setem berharga 50sen ini memang comel.
setem spesies itik liar.
                   Setem bergambar Serati hutan atau caiyina scutulata ini  pula dijual dengan harga 30sen.
setem spesies itik liar.
                   Ini pula adalah itik Eropah atau anas crecca.Itik ini memang sangat cantik dan selalu dijadikan penghias kolam.Setem ini dujual dengan harga 30sen.

                   Bercerita tentang itik,teringat semasa saya kecil dahulu.Kami membela itik jenis itik air ini.Itik ini memang sering bertelur.Memang seronok.Mereka selalu bertelur tidak dalam sarang,tetapi mengikut sesuka hati mereka.Jika sekali bertelur,memang lebih banyak dan lebih besar dari telur ayam.

                  Jika tidak dibuat telur masin,mereka selalu menggunakan telur itik untuk membuat kuih bahulu.Wallahu a'lam.