nuffnang

Wednesday, April 16, 2014

Setem Mata Wang Malaysia 2009.

             
setem mata wang Malaysia.
               Setem kita hari ini ialah setem mata wang Malaysia tahun 2009.Sebut tentang mata wang,saya ingin merungkai sedikit info tentang wang.

               Ringgit bermaksud bergerigi,iaitu bermaksud sisi bergerigi pada wang perak dolar Sepanyol yang digunakan secara meluas pada zaman penjajahan portugis pada abad ke 16 ke 17 dahulu.

               Pada 12 jun 1967,mata wang Malaysia yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia sebagai menggantikan ringgit Malaya dan Borneo British.Lambang $ ditukar kepada RM iaitu ringgit malaysia pada sekitar tahun 1993.

              Wang syiling siri pertama terdiri dari wang syiling 1sen,5sen,10sen,20sen,50sen dan syiling 1$ diperkenalkan pada tahun 1967.Kesemua wang syiling bergambar bangunan parlimen di belakangnya.
setem mata wang Malaysia.
                Setem ini berharga rm 5.bergambar belakang Wang bernilai rm50 yang bertemakan gambar pokok kelapa sawit dan laungan kemerdekaan.
setem mata wang Malaysia
               Setem wang 20sen direka sebagai satu pasang setem iaitu setem depan dan belakang yang dijual dengan harga 50sen.Di bahagian hadapan syiling tertera nilai mata wang bersama gambar bunga raya .Manakala belakang mata wang pula bergambar tepak sireh.
setem mata wang Malaysia.
                  Begitu juga dengan setem bergambar syiling 10sen ini,sepasang setem depan dan belakang.Setiap setem berharga 50sen.Belakang syiling ini mempunyai gambar permainan congkak.
setem mata wang Malaysia.
                 Akhir sekali,setem 50sen ini bergambar syiling 50sen.Sepasang setem yang dijual dengan harga 50sen setiap satu.Belakang syiling ini diletakkan gambar wau bulan.

                Setem mata wang siri kedua telahpun dikeluarkan,insyaallah kita akan bersama lagi dalam sesi akan datang.

No comments:

Post a Comment