nuffnang

Monday, April 7, 2014

Setem Flora Tanah Tinggi 2000.

setem flora tanah tinggi
                   Setem yang bertemakan Flora tanah tinggi Malaysia siri 11 dikeluarkan pada tahun 2000.Setem Rhododendron malayamun ini bernilai Rm1.Tumbuhan berbunga dari species pokok renek ini mempunyai 900species yang terdiri dari berbagai warna yang sangat cantik.Tema setem ini dilancarkan pada 9-15 oktober 2000.
setem flora tanah tinggi
                  Selain setem di atas,semua setem dijual dengan harga 30sen.Saya cuma ingin membawa pembaca mencuci mata sahaja melihat gambar bunga-bunga dalam setem kali ini.Saya rasa,bunga rhodadendron imantodes ini pernah menghiasi buku koleksi sajaksajak saya pada zaman bujang dahulu.

                 Sekarang,buku tersebut sudah hilang entah kemana.Saja juga sudah meninggalkan aktiviti menulis sajak semenjak saya sibuk menguruskan anak-anak.Saya rasa,saya juga sudah lupa bagaimana untuk menulis sajak.Apapun,saya sangat sukakan bunga ini.
setem flora tanah tinggi
setem flora tanah tinggi
                    Rasanya,ini adalah bunga yang menghiasi laman stesyen bas pekeliling.Pokok dan daunnya sama dengan bunga kemboja,Bunga berwarna merah jambu dan baunya sangat wangi.

setem flora tanah tinggi
setem flora tanah tinggi
setem flora tanah tinggi
setem flora tanah tinggi

setem flora tanah tinggi
setem flora tanah tinggi
                      Cuci mata sahajalah kita kali ini ya...saya tidak dapat menghuraikan gambar-gambar setem ini kerana kurang info tentang semua bunga-bunga ini.Jumpa lagi untuk setem yang seterusnya.

No comments:

Post a Comment