nuffnang

Wednesday, April 9, 2014

Roses Stamp 2nd Series 2014.

setem mawar siri ll
                     Semalam saya dah buat post setem mawar,tetapi hari ini saya bagaikan tidak sabar-sabar untuk membuat post mawar siri ke dua.Bukan apa...masih teruja dengan keindahan setem ini.Setem ini baru sahaja dikeluarkan pada tahun 2014 ini.

                     Apa yang mengujakan,inilah kali pertama saya menemui setem yang berbau wangi sebegini.Setem yang berharga Rm5 ini berbau rose.Tak dapat dinafikan saya memang sangat menyukainya.Mawar merah atau hibrid tea rose ini memang berbeza kerana penampilannya istimewa sempena hari velentine.Walaupun orang islam tidak menyambutnya,setem berbentuk love ini tetap memikat hati.
setem mawar siri ll
                    Setem ini pula berharga Rm1.20.Mawar jenis english rose mempunyai kelopak yang berlapis-lapis.Jika menurut orang tertentu,warna bunga mempunyai maksud yang tersendiri.Begitu juga dengan jumlah bunga yang dijadikan hadiah,juga mempunyai ertinya tersendiri.Cuma saya tidak begitu teruja ingin berkongsi di sini,mungkin kerana saya sendiri menyukai bunga mawar ini kerana rupa,warna dan baunya,bukan kerana erti disebaliknya.
setem mawar siri ll
                  Mawar putih atau hybid tea rose ini dijual dengan harga 60sen.Memang cantik.Selalunya ianya dihadiahkan untuk seorang ibu.

setem mawar siri ll
                    Mawar kuning atau grandiflora rose ini juga sangat menarik hati saya.ianya berharga 70sen dan juga mempunyai jenis kelopak yang berlapis tebal.Sukanya saya pada bunga mawar ni tak dapat saya gambarkan dengan kata-kata.cuma saya dapat katakan,semua jenis bunga rose atau mawar adalah sesuatu yang sangat-sangat indah bagi saya.

No comments:

Post a Comment