nuffnang

Monday, April 21, 2014

Setem Syiling Emas dan Perak 2013 dan 2011.

setem syiling emas dan perak
                Setem duit mas Terengganu ini berharga 20sen.Tertera tahun 1793-1808.Setiap syiling emas tertera ukiran dalam huruf jawi.Namun begitu,saya minta maaf kerana tidak berjaya mencari informasi yang tepat tentang sejarah wang syiling ini.

               Kalau ada yang saya jumpa di mr google,pendapat tarikh,nama sultan dan tahunnya berbeza-beza.Maka,saya membuat keputusan tidak menghuraikan sesuatu yang tidak jelas.Kita cuci mata sahajalah ya...walaupun begitu,saya rasa,tahun yang tertera merupakan tahun wang ini digunakan.
setem syiling emas dan perak
               Setem duit kupang kedah ini dicatatkan penggunaannya pada tahun 1661-1687.Setem ini berharga 30sen.
setem syiling emas dan perak
              Setem ini pula memaparkan duit kijang kelantan yang digunakan pada tahun 1400-1780.Setem ini dijual dengan harga rm1.
setem syiling emas dan perak
              Manakala setem duit kupang Johor ini pula digunakan di sekitar tahun 1597-1615.Setem ini berharga 50sen.Saya hanya mempunyai sekeping setem ini berbanding setem 20sen,30sen dan rm1.

              Setem ini dikeluarkan pada 31hb ogos 2013.Pada tarikh tersebut,Pos Malaysia membuat majlis pelancaran setem ini serentak dengan pengeluaran wang emas dan perak sempena sambutan jubli perak dan sambutan kemerdekaan yang ke 56.

              Mungkin saya akan memperolehi maklumat yang lebih jika saya menghadirinya.Setem ini mempunyai 4kepin setem untuk keluaran ini,namun begitu,saya ingin meneruskan paparan setem mata wang emas sebelumnya yang dikeluarkan pada tahun 2011.
setem duit emas
                 Kesemua setem ini berharga 60sen.Setem ini bergambar duit emas yang digunakan pada zaman pemerintahan Sultan Alau'uddin Riayat Shah.
setem duit emas
  Ini pula adalah setem yang bertemakan duit kijang emas.
setem duit emas
                Setem ini pula bergambar duit emas yang digunakan pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah.Jelas tertera nama Sultan Muzaffar Shah pada duit emas ini.
setem duit emas
             Setem ini bergambar duit emas yang digunakan di zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin ii Terengganu.Saya minta maaf kerana mutu setem saya hari ini kurang memuaskan.ada something slack kat printer membuatkan saya keletihan.Dah tak larat nak scan semuanyta semula.

No comments:

Post a Comment