nuffnang

Thursday, April 10, 2014

Underground Engineering Excellence stamp 2011.


setem kecemerlangan kejuruteraan bawah tanah
                    Setem Kecemerlangan Kejuruteraan Bawah Tanah ini merupakan setem yang sangat istimewa kerana ianya dikeluarkan dalam bentuk 3D.Setem ini dikeluarkan pada tahun 21hb november 2011 sempena  memperingati kecemerlangan 100tahun MMC Corporation bhd(MMC) yang membina terowong SMART melalui MMC-Gamuda Joint venture sdn bhd.

                   Terowong SMART adalah singkatan bagi pengurusan tebatan banjir dan terowong jalan raya,iaitu program kerajaan persekutuan untuk mengurang masalah banjir di pusat bandar Kuala Lumpur.Pembinaannya bermula pada tarikh 1january 2003 sehingga 20Jun 2007.
setem 3D
                    Setem istimewa 3D yang berharga Rm3 ini mengandungi empat imej di dalamnya.

setem 3D
setem 3D
                   Manakala setem yang berharga Rm2 ini mempunyaitiga imej di dalamnya.Dua imej di atas merupakan imej dari setem yang sama.Bukan senang nak dapatkan scan untuk semua gambar.Harap maaflah kan...
setem kecemerlangan kejuruteraan bawah tanah
                    Setem ini berharga 60sen dan telah discan senget oleh saya.Maaf lagi sekali.Saya tak tahu apa yang tak kena,tetapi rasanya hari ini kurang baik untuk saya.Rasanya semua kerja jadi haru biru.Setem ini adalah keratan rentas terowong SMART yang panjangnya 9.7 kilometer,iaitu terowong lencongan air terpanjang di Asia Tenggara,dan terowong lencongan air kedua terpanjang di Asia.
setem penggerudian terowong
                     Setem penggerudian terowong ini bernilai 60sen.Ini adalah gambar proses penggerudian yang menggunakan mesin khas yang menggerudi di bawah tanah kota Kuala Lumpur.
setem kecemerlangan kejuruteraan bawah tanah.
                 Setem berharga 60sen ini adalah gambar mesin TBM selepas digunakan.Pihak kontraktor telah membelanjakan 621bilion ringgit untuk menyeleggarakan pembinaan terowong ini.Manakala kerajaan sendiri membelanjakan 1.312 bilion ringgit untuk menyudahkan pembinaan.
setem terowong jalan raya
                Setem terowong jalan raya SMART yang sudah siap dibina ini juga dijual dengan harga 60sen.Maaflah sebab scan saya ni tersenget.entah apa yang mengganggu kepala saya hari ini agaknya.Tapi tak mengapalahkan...senget sikit tu adalah seni.

No comments:

Post a Comment