nuffnang

Sunday, April 20, 2014

Setem Kebaya Nyonya 2002.

setem kebaya nyonya.
               Setem Kebaya nyonya ini dikeluarkan pada 2hb 11 .2002.Setem ini dikeluarkan sempena kebaya nyonya milik Allahyarhamah Tun Endun.

               Kebaya nyonya ini adalah rentetan dari kedatangan pedagang cina yang datang ke Asia Tenggara dan menetap di Melaka pada kurun ke 13-14.Ada di antara mereka yang berkahwin dengan masyarakat melayu dan banyak mengikuti cara hidup masyarakat melayu.

              Namun begitu,mereka tetap juga mengekalkan adab dan budaya mereka sendiri.Perempuan peranakan ini digelar nyonya dan lelaki peranakan digelar baba.Oleh kerana kemahiran suri rumah(nyonya)ini adalah seni sulaman dan jahitan manik yang mana menjadi kebanggaan mereka,Maka ujudlah kebaya nyonya ini.
setem kebaya nyonya.
              Setem ini dijual dengan harga rm2.Kebaya pendek berwarna gabungan biru hijau dan merah ini sangat cantik.Kalau kita lihat di lengan dan bahagian bawah baju kebaya nyonya ini,pasti kita dapat melihat sulaman bunga yang cantik.Dipadankan dengan kain batik.Kerana itu,ramai yang terkeliru bila kali pertama bertemu dengan nyonya Melaka.Keliru apakah mereka ini melayu atau cina.

setem kebaya nyonya.
              Setem ini pula dijual dengan harga 50sen.Lebih banyak sulaman yang digunakan.Kebaya pendek berwarna merah.

setem kebaya nyonya.
                    Kebaya pendek berwarna kuning ini mempunyai sulaman yang mudah tetapi menarik.Setem ini bernilai 50sen.
setem kebaya nyonya

                   Setem berharga 30sen ini memaparkan gambar kebaya nyonya berwarna hijau.Sulaman yang digunakan merupakan dari seni kait.
setem kebaya nyonya.
                Setem in juga dijual dengan harga 30sen.Kebaya bersulaman benang emas ini juga sangat cantik.

                Dari segi kebudayaan,memang ianya hebat.Zaman sekarang,kebaya nyonya direka dengan sulaman yang terkini dan semakin cantik dipandang mata.Kebaya nyonya merupakan pakaian yang melambangkan masyarakat nyonya di Malaysia.


                Namun begitu,Baju ini tidak sesuai dengan masyarakat islam kerana ciri-cirinya yang tidak menepati syarak.Kebanyakan baju kebaya nyonya diperbuat dari kain yang jarang,mengikut bentuk badan,pendek dan menampakkan bentuk rahsia yang ingin disorokkan oleh si pemakai.Taknak komen banyak-banyak,nanti ada yang marah.All the best.

1 comment:

  1. 2019 ford edge titanium for sale - Titsanium Art
    Titsanium Art is in the very titanium hair trimmer as seen on tv best of suunto 9 baro titanium quality. They offer titanium density premium titanium undertaker art prints with exquisite titanium build for kodi detail.

    ReplyDelete