nuffnang

Thursday, March 13, 2014

Stamp- Frog of Malaysia 2007.

setem katak pokok
                     Hari ini saya ingin membawa anda ke dalam dunia katak.Setem keluaran 2007 ini bertemakan spesies katak.Mesti ramai orang yang geli melihat katak,tetapi,jangan tak percaya,saya pernah memegang katak...walaupun sejuk dan lembik,katak tidak tergolong dalam jenis binatang yang merbahaya.                                      
setem katak paya
                    Setem ini berharga RM1.Katak paya atau nama saintifiknya rana laterimaculata ini berwarna cokelat dan suka berada di celah-celah daunan kering dan tumbuhan yang seakan warna dengannya untuk melindungi diri dari pandangan musuh.Badannya licin dan berair.
setem kodok pokok
                    Setem ini pula berharga 30sen.Kodok pokok atau pedostibes bosii ini pula adalah spesies katak puru yang mempunyai kulit yang menggerutu.
                Setem bergambar katak perang atau Nyetixalus pictus ini pula dilabelkan berharga 50sen.
setem katak tanduk.
                 Setem katak tanduk atau megophrys nasuta ini juga berharga 50sen.Wajahnya sungguh garang,tetapi katak ini biasanya tinggal di dalam hutan yang mana tempat persembunyiannya juga adalah dedaunan kering yang sama warna dengannya.

                 Katak-katak di atas semuanya tidak mempunyai bisa.Untuk melindungi diri,mereka menggunakan taktik penyamaran warna.

                 bercerita tentang katak,saya teringat mitos orang tua-tua ketika saya masih kecil dahulu.Katak puru tidak merbahaya,tetapi kita tidak boleh menyepak atau memukul katak ini dengan tangan.Ini adalah kerana,katak tersebut akan mengeluarkan tanduk yang boleh mencederakan tangan kita.Jika kita terkena kudis akibat tanduk katak,penyakit tersebut amat susah untuk disembuhkan.

                Walau apapun,baru kini saya mengerti akan maksud yang tersirat di sebalik larangan tersebut.Sebenarnya,mereka tidak membenarkan anak-anka mereka menganiaya binatang yang tidak berdosa.Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment