nuffnang

Sunday, April 27, 2014

Setem Persidangan PATA 86.

setem persidangan PATA 86
                   Setem persidangan PATA 86 ini dikeluarkan sempena persidangan PATA yang mana Malaysia telah menjadi tuan rumah.Persidangan ini merupakan persidangan yang ke 35 iaitu pada 9hb sehingga 16hb April 1986.Persidangan ini memilih penyu sebagai Maskot yang mewakili negara kita.

                   Persidangan PATA diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra(PWTC) yang melibatkan Kementerian Kebudayaan,kesenian dan perlancongan Malaysia.Kerana itu,setem ini kita boleh lihat sebagai sekeping setem yang bertemakan kebudayaan dan perlancongan.

                   Setem pertama,menunjukkan pakaian tradisional masyarakat iban di Sarawak yang terkenal dengan tarian ngajat..Setem ini juga memaparkan gambar rumah panjang dan penggunaan pengangkutan airnya juga.Setem ini bersaiz lebih kecil dari saiz setem biasa.Ianya dijual dengan harga 20sen.
setem persidangan PATA 86
                Setem ini pula mengingatkan kita tentang penjajahan portugis ke atas Melaka dan satu peninggalan yang masih setia kukuh di bumi Melaka ialah Kota A  Famosa.Setem ini dijual dengan harga 20sen.
setem persidangan PATA 86
               Setem ini pula menggambarkan budaya masyarakat india yang mengunjungi kuil hindu dan meraikan perayaan deepavali.Setem ini juga menceritakan tentang tarian klasik india yang ada di Malaysia.Setem ini dijual dengan harga 40sen sekeping.
setem persidangan PATA 86
                   Setem ini pula menceritakan tentang tarian sumazau yang popular di Sabah.Setem ini dijual dengan harga 20sen sekeping.
setem persidangan PATA 86
                   Setem ini pula memaparkan tentang opera cina yang terkenal dikalangan masyarat cina.Setem ini dijual dengan harga 40sen.Opera cina merupakan sebuah pementasan yang melibatkan tarian,dialog dan muzik orkestra cina.Pakaian nya yang tersendiri juga solekannya juga adalah tersendiri yang mana sekali pandang sahaja,kita sudah tahu itulah opera cina.
setem persidangan PATA 86
                  Setem ini pula menggambarkan pakaian tradisional masyarakat di Negeri Kelantan dalam tarian makyong.Makyong juga merupakan sebuah tarian yang menyelitkan dialog dan cerita di sebalik tarian.Setem ini berharga 40sen sekeping

No comments:

Post a Comment