|
Setem menara jam |
Setem Menara Jam ini merupakan keluaran tahun 2007,iaitu setem menara jam siri ii.Setem menara jam Alkinson Kota Kinabalu ini berharga 50sen.Manara ini diberi nama sempena memperingati mendiang Francis George Alkinson.
|
setem menara jam |
Menara jam Medan Pasar ini sebenarnya bukanlah setem yang asli,tetapi ianya merupakan gambar postkad keluaran khas yang dipotong mengikut bentuk setem supasa ianya dapat disimpan kemas dalam buku setem.
|
setem menara jam |
Setem menara jam besar Alor Setar ini dijual dengan harga Rm1.Menara ini dibina pada tahun 1912.Ianya merupakan mercu tanda negeri Kedah.
|
setem menara jam |
Setem menara jam J.W.W.Birch Ipoh ini dijual dengan harga 30sen.Menara ini dibina untuk memperingati kematian residen inggeris pertama iaitu James w.w.Birch yang dibunuh pada 2hb november 1875 di Pasir Salak.Beliau telah dibunuh oleh Dato Maharajalela dan beberapa pahlawan melayu.
Sekali pandang,Menara jam ini merupakan mercu tanda yang menjadi kebanggaan Malaysia,tetapi tanpa kita sedari,ianya merupakan kesan sejarah yang menunjukkan betapa besarnya kesan penjajahan mereka dalam hidup kita.Kita bagaikan berbangga kerana telah dijajah.
Kalau pada pandangan orang lain,saya tidak pasti,tetapi bagi saya,melihat setem-setem ini bagaikan merobek hati.Sehingga kini kesan penjajahan terhadap tanah melayu rata-rata menjadi sesuatu yang dibanggakan rakyat Malaysia.Memang!Melayu memang mudah lupa.
No comments:
Post a Comment