nuffnang

Monday, April 14, 2014

Clock Tower Stamp 2003.

setem menara jam
                   Setem Tempat bersejarah-Menara jam ini dikeluarkan pada tahun 2003.Menara Jam merupakan sebuah mercu tanda untuk setiap negeri.Ianya juga merupakan kesan tinggalan sejarah di zaman penjajahan ke atas Tanah Melayu.
setem menara jam
                    Setem pertama berharga Rm1 dan bergambar bangunan Sultan Abdul Samad..Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan mercu tanda Bandaraya Kuala Lumpur,iaitu ibu negara Malaysia.Ianya dinamakan sempena nama Sultan Selangor pada masa ia dibina iaitu pada tahun 1894.Ianya mempunyai ketinggian 41meter.

                   Disini juga bendera Union Jack diturunkan pada 31hb Ogos 1957 dan digantikan dengan bendera Malaysia(Jalur Gemilang.)Asalnya,Bangunan ini digunakan sebagai pejabat kerajaan,terletak di hadapan Dataran Merdeka dan Kelab Diraj Selangor.Bangunan ini dirasmikan oleh resident jeneral negeri Selangor iaitu Sir Frank Swettenham pada 4hb April 1897.

                 Di hadapan menara jam ini sering dijadikan sebagai tempat acara sejarah seperti perarakan kemerdekaan,Pesta flora,sambutan tahun baru dan sebagainya.
setem menara jam
                    Setem menara jam Taiping ,Perak ini dijual dengan harga Rm 1.Asalnya,bangunan ini merupakan balai polis dan balai bomba.Menara Jam ini merupakan mercu tanda negeri Perak.

setem menara jam
                   Setem menara jam Sungai Petani ini berharga 30sen.Menara jam yang terletak di Kuala Muda Kedah ini merupakan mercu tanda bagi negeri Kedah.Menara ini mempunyai ketinggian 121 kaki persegi.
setem menara jam
                   Setem menara jam Melaka  ini berharga 30sen.Mercu tanda untuk negeri Melaka ini merupakan tinggalan sejarah di zaman pemerintahan belanda.Menara jam ini dibina selepas penyerahan Melaka oleh Belanda kepada British.
setem menara jam
                Setem ini merupakan setem bergambar menara jam Pulau Pinang,dan dijual dengan harga 30sen.Menara ini  dibina sempena ulang tahun jubli emas pemerintahan Ratu Victoria yang memerintah Britain pada masa itu.Menara ini berukuran 60kaki.Menara ini menjadi condong kerana menjadi mangsa pengeboman ke atas Pulau Pinang oleh tentera Jepun.Ianya kekal condong sehingga ke hari ini.
setem menara jam
              Setem menara jam Teluk Intan ini berharga 30sen.Menara condong Teluk Intan ini digunakan sebagai tempat menyimban air untuk musim kemarau,sekaligus sebagai menara jam,sebagai mercu tanda Teluk Intan.Pada zaman pemerintahan Jepun,ianya dijadikan sebagai menara kawalan tentera Jepun.        

No comments:

Post a Comment