nuffnang

Thursday, April 24, 2014

Legacy Of The Loom Stamp 2012.

Setem warisan tenunan
                  Warisan tenunan di Malaysia memang boleh dibanggakan kerana keunikan dan keindahannya.
Setem warisan tenunan
                 Lembaran mini Setem warisan tenunan ini dikeluarkan sempena tahun baru cina pada tahun 2012.
Setem warisan tenunan
                      Setem ini dijual dengan harga rm5 dan bertemakan naga yang menjadi simbol perayaan tahun baru cina.

Setem warisan tenunan
    Lembaran mini ini dibuat dalam potongan baju.
Setem warisan tenunan
                 Setem ini dijual dengan harga rm3.Sekali pandang,kedua-dua setem ini nampak sama,tapi sebenarnya ianya tidak serupa.

                 Sempena koleksi setem bertemakan warisan tenunan ini,lima keping setem dikeluarkan.Setiap setem memaparkan hasil tenunan Malaysia dari berbagai bangsa dengan nama yang berbeza.Semua setem ini dijual dengan harga 60sen.
Setem warisan tenunan
                  Setem ini memaparkan tenunan Ci Xiu yang diusahakan oleh kaum cina.Menarik kan?Saya cuba cari maklumat tentang ci xiu,tetapi malangnya saya tidak dapat sebarang maklumat.

                  Apapaun,saya andaikan,tenunan ini digunakan sebagai bunga hiasan pada baju.
Setem warisan tenunan
                  Setem cindai ini pula membuktikan bahawa cindai merupakan warisan dari kaum india.Kain cindai ini juga dipanggil dengan nama kain limar.

                  Cindai merupakan tenunan yang diperbuat daripada kain sutera yang bermutu tinggi.Kain cindai dikatakan sangat kukuh sehingga tidak mampu ditembusi dengan hanya sekali tikaman.Oleh itu,ianya digunakan sebagai kain ikatan di pinggang oleh pesilat cindai.

                  Harganya yang tinggi sebagai simbol kekayaan dan bangsawan.Negeri Terengganu terkenal dengan penghasilan cindai semenjak abad ke 19 lagi.

                  Suatu masa dahulu,kaum wanita menggunakan kain cindai sebagai alat mempertahankan diri.Mereka akan memakau kain cindai sebagai selubung kepala,ikatan di pinggang atau selendang.

                  Menurut sejarah,kain cindai dibawa ke tanah melayu oleh pedagang dari Asia Timur dan Gujerat India.Nama asalnya ialah patola.

                  Diceritakan pada zaman pemerintahan Melaka,Hang Jebat menggunakan kain cindai untuk mengikat perutnya yang cedera sebelum berlawan semula dengan Hang Tuah.Hang Jebat hanya meninggal selepas dia membuka ikatan kain cindainya.
Setem warisan tenunan
              Pua kumbu pula merupakan kain tenunan yang dihasilkan daripada kain kapas.Ianya direka dalam berbagai warna dan digunakan oleh kaum iban di Sarawak.

              Pua Kumbu ditenun oleh wanita dayak dan dianggap sebagai objek suci.Ia digunakan dalam peristiwa penting seperti kelahiran anak dan tabir mayat sebelum dikebumikan di rumah panjang.
Setem warisan tenunan
                 Rangkit pula adalah tenunan oleh kaum kadazan.Mohon maaf kerana saya tidak temui sebarang informasi tentang rangkit.
Setem warisan tenunan
                    Akhir sekali ialah songket.Tenunan songket biasanya ditenun dengan menggunakan mesin tradisional.Kain songket terkenal di Malaysia,Indonesia dan Brunei.Kain songket ditenung dengan menggunakan benang emas atau perak.

                    Songket biasanya dipakai oleh golongan pembesar dan keluarga kerabat diraja.Kain songket mempunyai berbagai corak yang bermotifkan tumbuhan,kuih,binatang dan benda.

                    Ada juga kain songket yang ditenun dengan menggunakan kain benang sutera dan benang kapas.Songket ini biasanya digunakan oleh masyarakat tempatan kerana harganya lebih murah.

Saya rasa,cukuplah setakat ini sahaja.Kalau saya nak bercerita tentang songket,memang masih banyak infonya,cuma bimbang ramai yang mengantuk pula nanti.

No comments:

Post a Comment