nuffnang

Sunday, April 13, 2014

Arachnid Stamp 2009.

setem araknid
                 Setem ini dikeluarkan untuk minggu setem pada 7hb disember 2009.Setem bernilai Rm5 ini direka berbentuk diamond.Black scorpion merupakan salah satu species araknid.Dari gambar asal,kita dapat lihat Malaysian Earth tiger tarantula juga merupakan species araknid.

                Jarang sekali kita menemukan perkataan araknid dalam penggunaan sehari-hari.Tak mustahil ramai yang tidak mengetahui apakah itu araknid atau dalam bahasa inggerisnya arachnid.

                Araknid adalah haiwan invertebrata yang mempunyai lapan kaki(empat pasang kaki.).Araknid juga mempunyai mata ringkas.Sebenarnya,araknid mempunyai 100 000 species,tetapi kita mungkin sering menemui beberapa species sahaja.

              Araknid ini diambil dari perkataan dalam bahasa greek iaitu arachne yang bermaksud labah-labah..Antara speciesnya yang kita selalu lihat ialah kala-jengking,labah-labah,hama dan sengkenit(Bahasa Pahangnya cekenit).Keluarga terbesar araknid adalah dari species labah-labah.
setem araknid
                  Setem curved spiny spider ini dijual dengan harga 30sen.Saya tak dapat cari sebarang info mengenai labah-labah ini melalui encik Google,tetapi saya sangat mengenali wajahnya.Biasalah anak peneroka...Kalau kat ladang getah tak jumpa labah-labah ni memang awak tutup matalah...

                  Labah-labah ni badannya keras.Biasanya kita boleh jumpa yang kecil,suka buat sarang dekat cawan getah.agaknya,adalah serangga tang suka berpeleseran dekat dengan cawan getah tu yang ingin dijeratnya.Tapi ada juga yang lebih besar.Srangnya mempunyai gam yang kuat.Kalau terlanggar kat muka,memang melekatlah bulu mata kita dibuatnya.
setem araknid
                  Setem ini berharga 50sen.Walaupun tinggal di Malaysia,namanya masih St. Andrew's cross spider.Nak buat macam mana...dah namanya sejak lahir dah nama orang putih.Badannya taklah besar sangat,Tapi kita tak pernah belekpun...rupanya muka dia ni kiut juga kan?
setem araknid
                  Setem ini pula berharga Rm1.Golden orb-web spider.nak tahu bahasa saintifiknya,baca sendiri kat setem tu.Senak mata nak tiru dia tulis,tapi nak sebutpun tak berapa nak reti.Namanya macam sebuah laman web,tapi saya tak pasti pulak dia ni ada buat blog ke tidak.Jangan marah ya...just have fun with our story.

                  Saya paling takut kepada labah-labah ni kerana saiznya yang besar.mahunya tak takut.Arwah mak saya selalu cakap labah-labah ni berbisa kalau kena gigitannya.Saya apa lagi,kalau jumpa sarang yang ada ibunya,jauh saya memusing.Macamlah labah-labah tu nak melompat kat muka saya.Padahalnya,labah-labah yang tengah syok kat sarang,takkan mengganggu sesiapa.

                  Sarang labah-labah jenis ini memang besar.Kalau kita terlanggar memang satu badan penuh sarang labah-labah.Kalau nak jumpa,pergilah melawat ladang getah kat jengka tu.Tempat paling stratigik mereka nak menjerat mangsa.Kalau menoreh tak langgar sarangnya memang tak sah.Jaringannya sangat halus.

                  Sebenarnya,koleksi setem ini masih ada satu yang tak terpenuhi.Cuma saya rasa,cerita labah-labah ni agak menarik hati.Tak kisahlah setemnya tak lengkap sekalipun.

No comments:

Post a Comment