![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhca7oQHZKNL2RAD2PTAIS6yxpOdqURmwZK1FXtU4OXamyvDYpj6hMi2d6LLRy4jZp_2Y4Mx2kQjDgIDDsz6sa-DDTarhcr-UZR5REkn6Ff2pqwKlS8MK1kgd53R1JNoQbjN3Y0nZ2ROv8/s1600/setem+helang1.jpg) |
Setem burung pemangsa |
Kali ini saya memilih koleksi burung pemangsa sebagai tema setem saya ini.Tahun keluarannya saya tidak dapat kesan melainkan salah satu setem ada tertulis tahun 2005.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh_fpv_UaUKcXmOvyLpmf075MVnarmk0Ix-TrLBZG-aEnUicsadWystIIo-Nyp-99MjIGXt3iT-IxMN1k0rpuJJOlymNl5062byab_XbKvsegjfBqOuftnu6X0peE8BTDj66XdVdCRmRTs/s1600/setem+helang.jpg) |
setem lang hantu |
Setem bergambar burung lang hantu atau spizaetus alboniger.Sekali pandang,ianya kelihatan garang,tetapi manisnya juga ada.Mungkin kerana bulunya yang kemas dan jambulnya yang tak pakai gel itu membuatkan ianya kelihatan menarik.Setem ini berharga RM2.Keran itu juga ianyanya sukar didapati melainkan kita mendapatkannya di Pos Malaysia.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgtXBx3pnbj1IXLd8KuA01z0jnAAN4uCszEYqSso__5Z3rPNLWbOD6z05ZEIygelk47d02peqMFvSb0njJGUKa9Hfsg_IlM6TSuWiWdj_F1TQyUqXluF00JdGeOzvnKzsODtRaAi5g5KVg/s1600/setem+helang2.jpg) |
setem lang merah |
Setem ini berharga 20sen dan selalu kita lihat di arena persuratan.Setem bergambar burung lang merah atau halostur indus ini juga menarik.berbulu merah di badan dan putih di kawasan lehernya,
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhLBsYgTex86YaqFZat-GjzmV2jrRGwAcOqFX5ywUxmTB9WoAcORn2NG68Uv7NarbiAI5p7AnMlW0upm6T6b6aFHGY2D275rtC17RfXlsJRH4CXnpurVFfIDpqdUySxXkVL-FXO7Cy_vHg/s1600/setem+helang3.jpg) |
setem lang lebah |
Setem ini bergambar burung lang lebah atau crested honey buzzard pernis ptilorhynces.Harganya ,30sen.Ini adalah hasil keluaran tahun 2005 yang saya maksudkan tadi.Saya masukkan sekali di sini kerana ianya adalah spesies helang yang tidak patut ketinggalan dari koleksi ini.Stroke lukisannya yang kelihatan berbeza dari setem lain membuatkan saya keliru apakah ianya dari koleksi yang sama atau tidak.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiwFUi4dgsRbpUYZvXWpYa0YexLFXJLz7RiVzV0NaZ7NdLHbD_Hj85FqfUoCVKBRGIT0VQgYgOu9Uls1i6WiMWlBnHEs20mfzPA9dONHWwbzze-_WFIINcWNz1CyB5eMZPnC4hIgjyHOKk/s1600/setem+helang+4.jpg) |
setem lang laut |
Setem burung lang laut atau haliaeetus leucogaster ini dijual dengan harga 50sen.
Ini pula adalah setem burung lang berjambul atau spilornis cheela.Setem ini dijual dengan harga 30sen.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEipV6DHW34datLJM3FhtS6wZin0m4kZE4AUhg3UtHnVEucDOei7n5ffc-_4CI0sPNzDKMeh6UKOAZPc2Q-PW4WwuuDF8q3Q_VjiJndheZm2Uc8MNi8TP0AkhmJZxtps5clwrX4HrTnfN8o/s1600/setem+helang+8.jpg) |
setem lang hindek |
Akhir sekali adalah setem burung helang hindek atau spizaetus cirrhatus yang dijual dengan harga RM1.
No comments:
Post a Comment