nuffnang

Sunday, March 9, 2014

Salam Perkenalan dari setem Adanku.

Koleksi Setem Adanku.
               Sebagai permulaan,kita berkenalan dulu dengan meja kerja Adanku yang penuh dengan buku setem ni.Bermula dari sini,saya akan mengupas sedikit demi sedikit apa keistimewaan berada dalam dunia setem.

              Sejak dibangku sekolah,saya pernah mengumpul setem sebagai hobi,tetapi oleh kerana sumbernya terhad,semuanya berakhir begitu sahaja.Cuba bayangkan seorang pelajar sekolah rendah,berapa setem yang mampu dikumpulkan?

              Akhirnya ianya diwarisi oleh Adanku dan saya tidak lagi memberi tumpuan kepada setem.Maklum sahajalah...saya kini bergelar suri rumah sepenuh masa,merangkap seorang blogger.banyak masa dihabiskan dengan menghantar dan menunggu anak pulang dari sekolah,kerja-kerja rumah yang tidak pernah surut,juga menulis blog yang kadang kala sungguh mencabar akal sihat.

            Akhir kata,selamat berhibur dengan koleksi setem Adanku.

1 comment:

  1. Assalamualaikum tuan.. saya pemain filateli tetapi lebih kepada FDC..saya dan sahabat fb group FHT filateli hobi teragung sedang cuba bangunkan 1 platform TikTok untuk scene filateli kita yang dah semakin sendu dgn niat menyebar luas lagi pengetahuan tentang filateli. Dengan rendah hati saya mohon izin gunakan sumber dari blog Tuan ni.. banyak maklumat kami boleh dapati dari sini .

    Terima kasih
    9/11/2024

    ReplyDelete